Tuesday, 3 September 2013

Hye kawan-kawan !!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera ...

Sedar tak sedar dah 2 bulan lebih berlalu. Maknanya cuti semester saya dah nak habis. 
Cepat betul !!!

Tapi dalam masa yang sama tak sabar juga nak balik UM ni. Dah rindu nak jumpa kawan-kawan dan pegang pen dan buku balik. Maklumlah cuti lama kan :)..Harap otak saya dah get ready to work again. Yeayyhh!!!

Hari Ahad lepas kawan saya kahwin. Saya memang dah rancang dah nak pergi. Tup tup tak jadi pula. Nasib baik la kawan saya pon faham. Biasalah kalau dah jauh-jauh ni susah sikit. Macam-macam boleh jadi. Tengok gambar kat FB jela jawabnya. Cantik!!! Tak sabar pula rasanya nak kahwin!!! Opps!!! Apa pun saya doakan kawan saya bahagia dengan kehidupan barunya di sisi suami tercinta. Selamat pengantin baru !!! 

Disebabkan saya dah nak balik UM, macam-macam persiapan la nak kena buat. Barang pun banyak nak kena beli. Nak packing beg baju, beg buku, makanan, barang mandi lagi. Tu baru sebahagiannya tau, banyak lagi barang nak bawa. Saya rasa macam nak angkat rumah ni je bawa UM, senang. Boleh tak macam tu? Huhuhu ...Ibu saya pun dah pening tengok saya. Nak buat macam mana, saya bukannya boleh ulang-alik selalu dari rumah ke UM. Kan susah kalau tertinggal. Lain la kalau saya ada pintu suka hati Doraemon..Hahaha ;p

Tapi sebelum tu saya kena datang awal untuk SERU Recognition sebab saya terpilih untuk jadi Real Sahabat Seru. Alhamdulillah. Kawan-kawan group saya juga terpilih. Nama group saya, Leader Resources. Promote pula. Hehehe!!! 
Tiba-tiba teringat buku jurnal 12 minggu saya. Alamak!!! Jangan salah sangka, bukan tak siap lagi tau cuma tak berapa nak lengkap (sedap sikit bunyinya kan ;) ) . Mesti kawan-kawan saya semua dah siap. Mereka semua rajin tak macam saya ni. Saya ni kurang rajin je. Peace;>...

Panjang pula celoteh saya. Apa salahnya, sekali-sekala je kan;) Ok la saya nak berhenti rehat seketika. 

                                                Have a nice day ;o ..          .

Sunday, 25 August 2013

Makan, makan dan makan..Alhamdulillah ;-)


"My 12 Weeks Journal"
- Week 12 (17/08/2013 - 23/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Syawal semua ...

Waa!!! 
Pejam celik pejam celik saya dah berada dalam minggu yang terakhir dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Tak percaya pula pemalas macam saya ni pon boleh sampi tahap ni. 
Hehehe!!!

Tapi harapnya ini bukan yang terakhir dalam pengisian blog ini. Insyaallah, saya akan sentiasa "update" di sini. Doa-doala ye...

Baru-baru ini, saya ada melawat blog rakan-rakan Seru yang lain. Memang best baca cerita diorang semua. Siap letak gambar-gambar yang menarik lagi. Kalau nak dibandingkan dengan blog saya memang agak suram la kan. Tetapi, yang terharunya ada juga yang sudi komen cerita yang saya tulis menarik. 
Terima kasih2x!!!!

Minggu ni bermulanya sesi persekolahan bagi adik-adik saya dan sesi pengajaran bagi ibu saya. Saya??? Cuti lagi la kan nak buat macam mana (dalam hati seronok je ...hahaha!!!). Jadi, pada hari Ahad, saya sekeluarga menghantar adik perempuan saya ke sekolah asramanya di Ipoh. Tinggal la saya, adik lelaki saya dan ibu saya di rumah.Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, rumah terbuka tetap ada. Apalagi, asyik makan la jawabnya. Kekadang, sehari sampai tiga rumah. Fuhh!! Nak pecah perut dibuatnya. Tambah-tambah saya ni jenis yang pantang tengok makanan sedap-sedap ni. Bedal je la. Bukan selalu dapat makan macam ni. Setahun sekali je. Nanti dah sambung belajar balik jangan harap la nak dapat makan macam ni lagi.

Saya sekeluarga juga telah pergi ke Majlis Ihtifal Sekolah Agama Rakyat Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak(INTIM), Ipoh. Sekolah ibu saya ada menghantar peserta nasyid. Sebab tu lah saya berpeluang menyaksikan majlis ni. Best giler!!!. Bayangkan budak-budak sekolah rendah dah pandai menghafaz al-quran, tilawah al-quran, syarahan, hiwar, khutbah, marhaban dan yang paling saya suka nasyid. Teringat pula zaman saya kecik-kecik dulu, hehehe!!! Yang penatnya, bila tiba bab ucapan. Hampir sejam setengah perasminya berucap. Fuhh!! Saya dah rasa macam duduk dalam bilik kuliah la pula. Nasib baik la ada disediakan makanan lepas habis majlis (jahat betul isyhh!!). Takde la main-main je.

Selesai je makan, kami bergerak pulang. Tiba-tiba, kawan ibu saya mengajak kami ke rumah terbukanya yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Yelah orang dah ajak kan tak kan tak pergi pula. Ibu saya memang pantang kalau orang ajak kita tak pergi. Nanti takde orang nak datang bila saya kahwin katanya. Nape timbul bab kahwin pula ni? Tukar topik la.

Ok sambung cerita balik. Kami pun pergi la. Makanan yang disediakan adalah bihun sup, nasi berlauk dan kuih raya. Disebabkan di majlis tadi saya dah makan nasi, maka, saya pun makan la bihun sup. Sedap!!! Dah la kuah dia panas. Saya memang suka makanan panas-panas ni, menaikkan selera. Selesai makan, kami pun balik. 

Tapi tak habis lagi tau!!! Sebelah petangnya pula, jiran pula buat rumah terbuka. Huhu!!! Sabar ye perut. Ingatkan dah habis. Ada lagi. Lepas je beraya rumah jiran saya, kami ke rumah kawan ibu saya pula di Malim Nawar. Banyakkan kawan ibu saya. Maklumlah ibu saya peramah orangnya berbanding saya ni. Sepatah orang tanya sepatah la saya jawab. Mungkin saya mewarisi sifat ayah saya kot.

Kan saya dah cakap asyik makan je. Memang minggu ni minggu makan sakan.
Tapi yang best nya bila pergi rumah terbuka ni tak payah la nak memasak. Hahaha!!! Kan dah terserlah kemalasan saya.

Panjang pula saya berceloteh, tadi kata si perasmi majlis. Hehe!!! Tula, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi dalam blog bolehla kalau kat luar tak taula takut orang bosanla pula kan. Tetapi, kalau kat luar saya memang jarang bercerita panjang lebar pon. Mungkin tulah kekurangan saya. Komunikasi.

Sebelum terlupa, kali ini saya tidak berkesempatan bercerita tentang kisah-kisah yang menarik seperti selalu. Jadi, saya harap apa yang saya kongsikan pada kali ini menarik untuk tatapan anda. 

Ok la. Saya rasa dah cukup saya merepek kali ni. Terima kasih la sudi baca sampai akhir. 

                                    Have a nice day, ok ;p ..                   

Tuesday, 20 August 2013

Waaaa !!!!!! Sudi-sudila baca ye ..;p



"My 12 Weeks Journal"
- Week 11 (10/08/2013 - 16/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Syawal semua ...

Kali ini saya ingin bercerita mengenai kisah seorang petani ...

Terdapat seorang petani yang terkenal dengan hasil buah limaunya yang bermutu tinggi. Pada suatu hari, jirannya bertanya sama ada petani itu boleh memberikan sedikit biji buah limaunya. Petani itu dengan murah hatinya memberikan biji buah limau tersebut kepada jirannya. Jiran itu berasa sungguh gembira lalu memberitahu teman-temannya yang lain.

Setelah mendengar tentang kemurahan hati petani itu, salah seorang teman jirannya pergi meminta sedikit biji buah limau daripada petani itu. Tanpa teragak-agak petani itu memberikan segenggam biji limau kepada orang itu. Tidak lama kemudian, berita tentang kemurahan hati petani itu tersebar ke seluruh bandar dan hampir setiap petani dalam kawasan itu datang berjumpa dan meminta biji limau daripada petani tersebut. Dan petani itu dengan suka hatinya memberikan biji limaunya kepada sesiapa sahaja yang meminta.

Anak lelaki petani itu hanya memerhatikan bapanya memberikan biji limaunya yang berharga itu kepada setiap orang yang meminta. Tetapi dia tidak mengerti kenapa bapanya sanggup memberikan biji limau itu dengan begitu saja. Jadi, satu hari dia bertanya kepada bapanya.

"Ayah tak risau ke kalau ayah berikan biji-biji limau kita, semua orang akan menghasilkan buah limau yang sama mutunya dengan limau kita," tanya si anak kerisauan. "Nanti, buah-buah limau kita tidak lagi unik."

"Wahai anakku, kita perlu memahami suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan ini. Apa sahaja yang kita lakukan memberi kesan ke atas orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tindakan orang lain memberi kesan kepada kita."

"Saya tak faham," ujar anaknya.

"Kita perlu mengekalkan ketinggian mutu buah limau kita. Dan kamu juga tahu bahawa angin akan menerbangkan debunga daripada buah limau yang masak kepada buah-buah  yang lain. Dan angin ini tidak faham akan erti pilih kasih. Ianya akan menerbangkan debunga kita dan juga debunga-debunga daripada buah-buah limau yang lain. Kemudian, debunga-debunga ini akan..."

Sebelum petani itu dapat menghabiskan kata-katanya, anaknya menyampuk :

"Saya faham sekarang, ayah! Debunga-debunga ini akan didebungakan, dan lambat laun buah-buah limau kita juga akan terkena kesan pendebungaan tersebut!"

Sambil tersenyum, bapanya berkata,"Ya, jika kita mahu mengekalkan mutu buah limau kita, jiran-jiran kita juga perlu mempunyai buah limau yang tinggi mutunya,"

H.E. Luccock juga pernah berkata:

Satu orang tidak dapat menghasilkan sebuah simfoni. Ianya memerlukan sebuah orkestra.

Kesimpulannya, kita saling memerlukan antara satu sama lain kerana kehidupan kita saling berkaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jadi, tiada sebab untuk cemburu atau menaruh perasaan hasad dengki kerana ia hanya merugikan kita semula.


Have a nice day :)

Monday, 19 August 2013

Selamat Hari Raya, Yeah !!!



"My 12 Weeks Journal"
- Week 10 (03/08/2013 - 09/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam akhir Ramadhan dan Salam permulaan Syawal ...

Minggu ini adalah minggu terakhir ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru saja semalam saya baru mula berpuasa. Perjalanan jurnal 12 minggu saya juga sudah masuk minggu yang kesepuluh. Fuhhh !!!

Hari-hari saya masih berjalan seperti hari puasa yang lain. Apabila menjelang syawal, kami sekeluarga akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri sebelum bergerak pulang ke kampung halaman sebelah ibu di Sungai Manik, Perak. Pada hari raya kedua, kami telah beraya ke kampung halaman sebelah ayah pula di Beruas, Perak bersama saudara yang lain. Walaupun kepenatan, tapi kepuasan tetap dirasai kerana dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh.

Disebabkan kesibukan membuat persiapan raya, saya tidak sempat untuk membaca cerita-cerita yang menarik seperti selalu. Walau bagaimanapun, saya ada tertarik dengan satu petikan kata-kata yang saya rasa menarik untuk dikongsikan. Tetapi, maafla saya sudah lupa pula dari mana sumbernya.

"Bayangkan kamu berada dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. 
Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yang kamu lihat dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja?
 Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? 
Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita."

Kata-kata di atas mengatakan bahawa kita perlu mencari dan mendalami sesuatu perkara untuk mencari jawapan yang pasti tetapi mestilah berdasarkan asas-asas yang kukuh. Fikirkanlah !!!

Have a nice day :p ...

Monday, 5 August 2013

~ woOW ;o ~


                                                                   
"My 12 Weeks Journal"
- Week 9 (27/07/2013 - 02/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya dan bulan Syawal pula bakal menjelang tiba. Perjalanan jurnal 12 minggu saya juga sudah masuk minggu yang kesembilan.

Baru-baru ini, saya mendengar tazkirah mengenai kelebihan berpuasa. Menurut ustaz yang menyampaikan tazkirah tersebut, puasa memberi banyak kelebihan kepada manusia. Antaranya ialah ...


<<>> Apabila umat islam berpuasa, mereka akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bulan puasa itu sendiri sudah menyediakan satu "platform" untuk umat islam meng"upgrade"kan amal ibadah.

<<>> Apabila umat islam berpuasa 1 hari, tubuh badan mereka akan mengeluarkan toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh badan selama 10 hari. Bayangkan jika berpuasa selama 30 hari, toksik yang akan dikeluarkan adalah selama 300 hari. Jadi, untuk melengkapkan putaran setahun iaitu 360 hari, maka kita disunatkan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

<<>> Menurut kajian saintis islam di Rusia, berpuasa dapat meningkatkan jangka hayat kehidupan seseorang. Kajian dilakukan ke atas 2 ekor tikus di mana seekor tikus diberi makanan sepanjang masa manakala yang seekor lagi dipuasakan dan hanya diberi makan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Terbukti, tikus yang sentiasa disediakan makanan lebih cepat mati berbanding tikus yang berpuasa. Hebat !!!

<<>> Satu kajian lain juga turut dijalankan ke atas pesakit mental. Pesakit mental ini telah dipuasakan selama hampir 2 bulan. Hasilnya, kesihatan mental mereka bertambah baik dan ada yang sudah beransur pulih sepenuhnya. Malahan, tubuh badan juga menjadi lebih sihat dan kuat.


Masyaallah, sungguh besar kelebihan berpuasa. Jadi, tiada alasan puasa itu menyusahkan dan memberi kemudaratan. Bahkan, banyak peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah dalam bulan puasa seperti peperangan dan pembukaan kota Madinah. 

Apa yang saya ceritakan hanyalah sebahagian saja dari kelebihan berpuasa. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang ada.

 Jika teman-teman yang sedang membaca blog saya ini tahu kelebihan berpuasa dari sudut yang lain pula, bolehlah kongsikan bersama ye ..^_^

Have a nice day ...;p                  


Saturday, 27 July 2013

Haiii !!! ^_^



"My 12 Weeks Journal"
- Week 8 (20/07/2013 - 26/07/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Minggu ini merupakan minggu kelapan dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Bulan Ramadhan juga sudah sampai di pertengahannya. Cepat sungguh masa berlalu.

Seperti biasa, saya meluangkan masa membaca cerita-cerita di Internet. Dalam banyak-banyak kisah, saya tertarik dengan satu kisah berkaitan perspektif. Begini ceritanya ...


Faizal dan Mimi adalah pesakit di sebuah rumah sakit mental. Pada suatu hari, mereka berjalan di tepi kolam renang yang terdapat di hospital tersebut. Tiba-tiba, Mimi melompat masuk ke dalam kolam renang yang dalam itu dan terus tenggelam. Tanpa memikirkan tentang keselamatannya, Faizal terjun dan menarik Mimi ke permukaan air. Dia mengeluarkan Mimi daripada kolam renang dan berjaya menyelamatkan Mimi.

Keesokan harinya adalah hari pemeriksaan bagi Faizal, di mana dia diperiksa setahun sekali untuk menentukan keadaan mentalnya. Dia dibawa berjumpa dengan lembaga pengarah hospital, di mana pengarah hospital itu memberitahunya,"Faizal, saya ada berita baik dan berita buruk untuk awak. 

Berita baiknya, oleh kerana awak menyelamatkan Mimi semalam, kami menganggap awak sudah siuman. Jadi, awak boleh meninggalkan rumah sakit ini dan kembali ke pangkuan masyarakat. 

Sementara berita buruknya pula, Mimi, pesakit yang awak selamatkan itu menggantung diri di bilik mandi dengan tali pinggangnya sejurus selepas awak menyelamatkannya. Mimi sudah meninggal dunia."

"Dia tidak menggantung dirinya sendiri," jawab Faizal."Saya yang menggantungkannya sebab saya mahu mengeringkannya."


Dalam kisah ini, Faizal sebenarnya hanya mahu menyelamatkan Mimi. Di dalam dunianya yang serba aneh itu, dia menyamakan Mimi yang basah kuyup dengan tuala basah, jadi dia mahu 'menjemur' Mimi untuk mengeringkannya. Ya! Niatnya baik. 

Bagi kita, apa yang dilakukan oleh Faizal adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima, tetapi tidak bagi Faizal kerana Faizal dan kita masing-masing berfikir dari perspektif yang berbeza.

Pepatah Inggeris ada menyebut bahawa terdapat dua permukaan pada setiap duit syiling (there are always two sides of a coin).

Contohnya, hujan. Ada orang mengatakan hujan itu menyusahkan tetapi tidak bagi sesetengah orang yang menganggap hujan itu menyamankan.

 Aiskrim menggemukkan? Tidak! Ianya memberi tenaga segera. 

Permainan bola sepak adalah permainan pelik di mana 22 orang lelaki mengejar bola ke sana-sini? Tidak! Permainan ini memberi peluang pekerjaan kepada berjuta orang di seluruh dunia.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza-beza. Namun, biarlah setiap perspektif memberi manfaat dan boleh meningkatkan tahap pemikiran kita.

Have a nice day ...;p

Tuesday, 23 July 2013

smile ^_^...

               "My 12 Weeks Journal"
- Week 7 (13/07/2013 - 19/07/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ketujuh dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Bulan Ramadhan juga sudah masuk minggu yang kedua. Alhamdulillah ;p ...

Hari-hari saya masih berjalan seperti biasa. Tidak banyak yang berubah seperti minggu-minggu yang sebelumnya. Cuma pada hujung minggu saya sekeluarga telah pergi melawat adik perempuan saya di Ipoh. Pada kali ini, adik saya telah dibenarkan untuk 'outing' bersama keluarga. Jadi, inilah peluang kami untuk menghabiskan masa bersama-sama. 

Disebabkan bulan ini bulan Ramadhan, maka kami telah singgah di baazar Ramadhan yang terletak di Stadium Ipoh. Baazar ini antara baazar yang terbesar Ipoh dan terdapat pelbagai jenis gerai makanan dijual di sini. Memang rambang mata lah dibuatnya. Tambah-tambah lagi perut pun sudah mula berkeroncong. Kalau tak dikawal nafsu yang membuak-buak, alamatnya sesakla tangan-tangan kami padahal belum tentu semuanya boleh habis dimakan.

Pada hari-hari yang lain pula saya lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca atau menonton televisyen. 

Kali ini, saya telah terbaca cerita mengenai persepsi ...

"Batu granit yang menjadi penghalang di laluan orang yang lemah menjadi batu loncatan orang yang kuat."

Kata-kata di atas bermaksud semua halangan boleh diubah menjadi peluang, bergantung kepada bagaimana cara seseorang itu melihat halangan itu. 

Jom lihat kisah ini ...

Kisah 2 orang penjual yang dihantar ke sebuah negara untuk menjual kasut.

 Seorang penjual pulang ke ibu pejabat dan memberitahu ketuanya bahawa tiada sebarang peluang perniagaan di negara itu kerana semua penduduk negara itu tidak memakai kasut. 

Manakala seorang penjual lagi memberitahu ketuanya bahawa syarikat mereka akan mendapat keuntungan berjuta ringgit kerana mereka boleh menjual kasut kepada hampir semua penduduk itu kerana tidak ada seorang pun daripada mereka yang memakai kasut.

Menarik kan !!!
Semua ini berganting kepada cara kita melihat sesuatu perkara dan situasi itu sebenarnya.

Rasulullah s.a.w juga pernah berkata, "Sekiranya begitu(yang difikirkan), akan demikianlah jadinya."

Menurut Dr. Muhammad Ghazali, "Setiap urusan (perkara) itu bergantung kepada anggapan seseorang."

Saya rasa setakat ini dulu cerita saya ...
Harap semua terhibur ;> ...

Have a nice day ;p ...


Wednesday, 17 July 2013

   "My 12 Weeks Journal"
- Week 6 (06/07/2013 - 12/07/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera .....
Salam Ramadhan semua ...

Minggu ini merupakan minggu keenam dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Minggu ini juga bermulanya bulan Ramadhan yang mulia ...

Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini lagi pada tahun ini. Seperti biasa, bila tiba bulan ini semua umat islam akan berpuasa. 

Aktiviti saya tidak banyak berubah seperti hari-hari biasa. Cuma, pada malam hari kami sekeluarga akan berkampung di surau untuk menunaikan solat isyak berjemaah dan solat sunat terawih. Seronok sungguh kerana ramai yang berpusu-pusu datang ke surau. Secara tak langsung, hubungan silaturrahim sesama jemaah lebih erat.

Bagi mengisi kekosongan di siang hari, saya lebih suka menghabiskan masa membaca ruangan artikel yang bermanfaat dan buku-buku yang berfaedah. 

Cerita saya pada kali ini adalah berkaitan dengan perbualan telefon antara seorang pemanggil dan operator...


Pemanggil     : Hello, boleh saya bercakap dengan Ani Wan?
                     (Ani Wan = Anyone = Sesiapa)
Operator       : Ya, awak boleh bercakap dengan saya.
Pemanggil     : Bukan, saya ingin bercakap dengan Ani Wan!
Operator       : Ya, saya faham awak mahu bercakap dengan sesiapa. Jadi awak boleh                                           bercakap dengan saya. Siapa ni?
Pemanggil     : Saya Sam Wan. Saya mahu bercakap dengan Ani Wan! Ada perkara penting.
                     (Sam Wan = Someone = Seseorang)
Operator       : Ya, saya tahu awak Sam Wan dan mahu bercakap dengan Ani Wan! Tetapi,                                    apa yang ingin awak cakapkan?
Pemanggil     : Tolong beritahu adik saya, Ani Wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam                                kemalangan dan Noe Wan tidak cedera dan sekarang dia sudah dihantar ke                                    hospital. Sekarang ni, Avery Wan dalam perjalanan ke hospital.
                     (Noe Wan = No one = Tiada sesiapa)
                     (Avery Wan = Everyone = Semua orang)
Operator       : Jika tiada sesiapa yang cedera dan tiada sesiapa yang dihantar ke hospital,                                    tentulah kemalangan itu bukan perkara yang penting! Awak mungkin nak                                      berlawak dengan saya, tapi saya tiada masa nak melayan awak!
Pemanggil     : Biadapnya awak ni! Siapa nama awak?
Operator       : Saya Saw Ree.
                     (Saw Ree = Sorry = Minta maaf)
Pemanggil     : Ya! Awak memang patu minta maaf. Apa nama awak?
Operator       : Saya dah sebut tadi. Saya Saw Ree.
Pemanggil     : Oh, tidak !!!!!


Lucu bukan !! Itulah masalah yang akan berlaku jika tiada komunikasi yang jelas. Cerita di atas hanya sekadar kiasan sahaja kerana dalam realiti mungkin dalam sejuta hanya 1 orang yang mempunyai nama pelik sebegitu.

Namun begitu ia memberi makna kepada saya kerana bahasa Inggeris saya kurang fasih. Memangla agak tidak relevan dengan kisah di atas tapi konsepnya masih sama.

 Bayangkan jika saya ingin berkomunikasi dengan pelajar dari luar negara menggunakan bahasa Inggeris. Saya dengan loghat saya dan mereka dengan loghat mereka. Fuhh !! Penat tau ...Saya pernah merasai nya sendiri...

Kesimpulannya, komunikasi yang jelas amat penting bagi mengelakkan perselisihan faham.

Have a nice day :p ...











Tuesday, 16 July 2013

peace ;p ..


"My 12 Weeks Journal"
- Week 5 (29/06/2013 - 05/07/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Alhamdulillah sudah masuk minggu kelima dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya ...
Saya juga berasa amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ini ..;p Amin ..

Ohh !! Lupa pula ...saya juga sempat meraikan hari lahir saya bersama keluarga tersayang dalam suasana sederhana. Walaupun hanya sekadar ucapan yang diberikan, tetapi itu sudah memadai bagi saya kerana keluarga saya telah memberikan segala yang perlukan dari saya kecil sampai besar.

Seperti biasa, saya akan kongsikan apa yang saya lalui pada minggu ini. Diharap terhibur ...

Aktiviti saya banyak tertumpu di rumah sahaja seperti biasa. Pada hujung minggu pula, saya bersama ibu dan adik lelaki saya telah melawat adik perempuan saya di Ipoh kerana dia tinggal di sekolah berasrama. Walaupun saya banyak menghabiskan masa di rumah, tetapi saya tidak pula merasa bosan. Mungkin disebabkan saya jenis yang tak begitu sosial dan lebih selesa berada di rumah melainkan ada perkara atau aktiviti tertentu yang memerlukan saya untuk keluar rumah.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi sebuah lagi cerita yang saya rasa banyak manfaat dan pengajarannya ...

Pada suatu ketika dahulu ...

Seorang suri rumah mendapat tahu bahawa sebuah pasar raya akan memberikan sebungkus gula secara percuma kepada sesiapa yang tiba di pasar raya tersebut di antara jam 5 dan 6 pagi sahaja. 

Suri rumah itu memang sangat berharap untuk mendapatkan gula percuma tersebut bekalan gula di rumahnya sudah habis. Dia juga tahu harga gula mahal dan tidak banyak kedai yang menjual gula. Jadi, amatlah sukar untuk mendapatkan walaupun sebungkus gula. Dia bernasib baik kerana jarak di antara rumahnya dan pasar raya tersebut agak dekat dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.


Jadi, pada keesokan harinya dia merancang untuk keluar rumah pada pukul 5.30 pagi. Malangnya, dalam perjalanan ke pasar raya, keadaan jalan raya sungguh sesak. Akibatnya, dia tiba di pasar raya itu pada pukul 6.05 pagi. Sudah tentulah dia tidak akan mendapat gula percuma yang dijanjikan walaupun terlewat sedikit sahaja.


Wah !!!! Sungguh hebat cerita ini bukan. Walaupun rumahnya terletak berhampiran dengan pasar raya sahaja tetapi dia tetap gagal untuk sampai pada masanya.

 Saya juga teringat kisah pelari pecut di mana yang membezakan antara pemenang tempat pertama dan kedua hanya lah 1 saat sahaja. Sungguh mengkagumkan !!

Hanya setakat ini dulu ...harap perkongsian saya menarik ya ...terima kasih sudi baca ...

Komen je kalau blog saya ni ada kurangnya ..saya ok je ;)

Have a nice day ..;pp



Hai semua ...;p


"My 12 Weeks Journal"
- Week 4 (22/06/2013 - 28/06/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Minggu ini merupakan minggu keempat dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya ...

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan tetapi harap kepada yang membaca akan terhibur dengan cerita saya pada kali ini... ;-p


Minggu ini juga bermula lah cuti semester saya bagi semester yang kedua sebelum memasuki semester yang ketiga. Saya akan menghabiskan cuti saya di rumah bersama keluarga. 

Pada hujung minggu, saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara sebelah ibu saya di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. Saya dan keluarga pergi bersama dengan pak cik saya. Di majlis ini, saya berpeluang berjumpa sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.

Pada hari biasa pula, saya banyak menghabiskan masa di rumah kerana ibu dan adik saya akan sibuk dengan pekerjaan dan persekolahan masing-masing. Jadi, tidak banyak aktiviti luar yang saya lakukan. Bagi mengisi masa lapang, saya akan membaca novel, buku motivasi dan melayari internet. Saya juga gemar menonton televisyen. Pada masa yang sama, saya juga tidak lupa membantu ibu saya dalam membuat kerja-kerja rumah.

Pada minggu ini saya telah membaca sebuah lagi cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama ...;p

Jadilah Batu Yang Sentiasa Bergolek !!

"Manusia ini umpama batu. Kerana apa? Batu apabila ia tidak bergerak, maka ia akan ditumbuhi lumut. Tetapi, apabila ia sentiasa bergerak, maka lumut tidak akan mampu melekat padanya."

Perumpamaan di atas bermaksud kita tidak patut duduk tanpa berbuat apa-apa dan membuang masa begitu sahaja. Hal ini kerana ia sama sahaja seperti membazirkan hayat sendiri. Tiada apa-apa yang akan berlaku jika kita itu duduk diam sahaja tanpa berbuat apa-apa malah merugikan masa dan kehidupannya sahaja. 

Justeru itu, kita perlu segera bertindak dan bergerak untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Tidak salah jika kita hendak duduk diam bermuhasabah diri tetapi janganlah sampai masa yang berlalu itu berlarutan tanpa sebarang matlamat. 

Amatlah rugi jika masa dibuang begitu sahaja kerana masa tidak boleh diulang semula. 

Cukuplah dulu setakat ini ...terima kasih dan semoga perkongsian saya yang tidak seberapa ini menarik untuk dibaca ...

Have a nice day ;)) ..

Monday, 15 July 2013

Jumpa lagi ..

                 "My 12 Weeks Journal"
           - Week 3 (15/06/2013 - 21/06/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ;p ...

Minggu ini sudah masuk minggu ketiga dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya ...

Minggu ini tidak banyak bezanya berbanding minggu yang lepas seperti yang telah saya coretkan pada perkongsian yang lepas. Saya masih meneruskan proses mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir yang sedang berlangsung dan minggu ini juga merupakan minggu terakhir bagi saya menduduki peperiksaan.( Yeaaah!!! fuh... lega  ;p ..)

Sehari selepas selesai peperiksaan akhir, saya menghadiri "1st workshop" untuk program "I-WEEK 2013". Saya merupakan seorang fasilitator yang bertugas untuk program ini. Program ini adalah sebuah program anjuran fakulti saya untuk meyambut kedatangan junior UM yang akan tiba pada semester hadapan. Program ini memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai selok-belok kehidupan sebagai seorang pelajar perakaunan di UM kepada pelajar baru. Program ini bakal diadakan pada awal semester yang akan datang.

Sebenarnya, program ini terdapat 3 sesi "workshop", tetapi saya hanya terlibat untuk sesi yang pertama dan ketiga sahaja. Sesi "workshop" yang ketiga akan diadakan pada awal bulan september nanti selama seminggu.

Saya juga tidak lupa meluangkan masa untuk membaca buku motivasi. Pada kali ini, saya telah membaca satu kisah lagi ...:p ...

Bagaimana Mahu Berubah Sikap?

Suatu hari, seorang pelajar berjumpa dengan gurunya dan bertanya, "Cikgu, bagaimana hendak berubah?" Lantas guru itu membaca sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
[ar-Rad : 11]

Guru itu menerangkan lagi, "Sekiranya kamu ingin berubah, ia perlu bermula dengan dirimu jua. Saya hanya boleh bercakap, menasihatkan, memberi contoh-contoh dan peringatan kepada kamu, tetapi akhirnya kamu yang perlu menggerakkan perubahan itu. Sekiranya kamu tidak bertindak, maka tiada apa akan berlaku dan kamu masih akan sama seperti kamu yang dulu juga.

Umpama jika kamu ingin memakai pakaian, kamu perlu mengambil pakaian daripada almari dan menyarungkan ke badan, maka barulah kamu akan berpakaian. Ini kerana pakaian itu tidak akan datang sendiri kepada kamu kalau kamu tidak bertindak.

Umpama jika kamu ingin makan, kamu perlu menyuapkan makanan ke dalam mulut dengan menggerakkan tangan kamu kerana makanan itu tidak akan masuk sendiri ke dalam mulut kamu.

Perubahan yang dilakukan biarlah sedikit demi sedikit asalkan istiqomah.

Sekian dahulu untuk kali ini ;p ...

Have a nice day ;)

Nak cerita lagi ni ...;p


"My 12 Weeks Journal"
- Week 2 (08/06/2013 - 14/06/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...;)

Kali ini saya ingin bercerita mengenai minggu kedua dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya.

Minggu kedua ini berkisar tentang musim peperiksaan yang sedang berlangsung. Saya hanya menduduki dua "paper" sahaja pada minggu ini. Namun begitu, saya masih perlu mengulang kaji untuk tiga lagi "paper" yang akan saya duduki pada minggu hadapan. Oleh itu, saya banyak menghabiskan masa di dalam bilik di kolej kediaman sahaja. 

Selain itu, saya juga merajinkan diri saya untuk solat berjemaah di surau kolej kediaman pada setiap waktu jika saya berkelapangan. Saya berasa tenang dan lega kerana dapat berehat sebentar daripada mengulang kaji pelajaran dan secara tidak langsung saya dapat bergaul dengan ramai orang. Saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai agama melalui perkongsian yang dibuat oleh ajk surau.

Saya juga ada membaca sebuah cerita motivasi yang sungguh menarik dan kerana cerita ini lah juga saya merajinkan diri untuk ke surau. Saya bukanlah seorang yang alim dan fasih dalam ilmu agama tetapi kisah yang saya baca inilah yang membuatkan saya tertarik untuk ke surau. 

Inilah kisahnya ...

Seorang anak bertanya kepada si ayah, "Ayah, kenapa susah-susah hendak pergi ke masjid? Baik kita solat jemaah di rumah sahaja. Pahalanya 27 kali ganda juga. Sama saja, solat di masjid pun 27 kali ganda juga."

Kemudian si ayah berkata, "27 ekor lembu gemuk, dengan 27 ekor kambing kurus, mana yang lebih baik?"

Si anak terdiam seketika. Ya, betul !!! Solat berjemaah di masjid pahalanya umpama 27 ekor lembu gemuk, berbanding solat berjemaah di rumah yang pahalanya umpama 27 kambing kurus.

Walaupun jawapan si ayah cukup ringkas tetapi telah berjaya membuka pemikiran si anak. Menarik bukan ? ..

Mungkin bagi orang lain yang membaca menganggap kisah ini biasa sahaja tetapi bagi saya, cerita ini telah mengubah persepsi saya sedikit sebanyak mengenai solat jemaah.

Saya rasa setakat ini dulu perkongsian saya pada kali ini ...
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini :p ..

Have a nice day ;)) ...

Sunday, 14 July 2013

Hai ;p ....

"My 12 Weeks Journal"
- Week 1( 01/06/2013-07/06/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam ramadhan semua ... :-)

Disebabkan kekangan-kekangan yang tertentu, sudah lama saya tidak singgah di rungan ini. Tetapi, alhamdulillah saya dapat juga mengongsikan sesuatu di ruangan ini pada kali ini.

Ini adalah cerita mengenai minggu pertama dalam perjalanan Jurnal 12 minggu saya.        (maaf agak terlambat .. :p)

Minggu pertama ini merupakan minggu "study week" bagi saya dan rakan-rakan kerana peperiksaan akhir sudah hampir menjelang tiba. Sepanjang minggu ini, saya dan rakan-rakan akan bertungkus-lumus untuk mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari selama satu semester sebagai persediaan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan. Saya memilih untuk mengulangkaji di rumah sahaja berbanding rakan-rakan yang lain yang lebih memilih sama ada untuk mengulangkaji di kolej kediaman masing-masing atau di perpustakaan dan tempat lain mengikut keselesaan masing-masing. Walaupun begitu, kami masih tetap berhubung melalui online atau sms jika terdapat sebarang kemusykilan.

Setelah penat memerah otak, saya akan melakukan sedikit senaman di taman tasek berhampiran rumah saya bersama-sama ibu dan adik saya pada sebelah petangnya. Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang rajin bersenam jika berada di UM. Tetapi, saya berasa seronok dapat bersenam bersama ahli keluarga saya sambil menghirup udara segar. Mungkin suasana dan persekitaran yang berbeza dan secara tak langsung saya dapat meluangkan masa bersama ibu dan adik saya. Mungkin juga kerana saya dah lama tak balik ke rumah yang membuatkan saya jadi rajin bersenam...(saja nak jalan-jalan keluar rumah :p)

Saya juga tidak lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca buku motivasi bagi meningkatkan semangat saya untuk belajar kerana saya merupakan seorang yang agak pemalas orangnya ;) ...Saya akan ceritakan apa yang saya baca pada kali ini ..

Peperiksaan Adalah Amanah

Saya membaca cerita ini dari buku motivasi saudara Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak atau lebih dikenali dengan nama Hilal Asyraf. Cerita ini merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam buku beliau. 

Peperiksaan adalah tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan amanah kita terhadap ibu bapa atau tidak. Ini kerana peperiksaan bukanlah berkisar tentang diri kita semata-mata tetapi turut melibatkan ibu bapa kita yang telah memerah keringat untuk kita menapak di medan ilmu.

Peperiksaan juga adalah amanah dari Allah s.w.t. kerana menunutut ilu itu wajib bagi setiap umat islam. Maka, kita tidak boleh memandang enteng terhadap peperiksaan. 

Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan, adakah orang akan percaya pada kita?

Adakah pesakit akan pergi kepada doktor yang tidak bertauliah untuk mengubati penyakit mereka?

Adakah orang akan percaya pada jurutera yang tidak bertauliah untuk membina rumah yang akan mereka duduki?

Tentulah jawapannya tidak bukan!!!

Mula-mula saya juga berasa peperiksaan adalah lumrah bagi pelajar. Itu sahaja. Tetapi setelah membaca coretan di atas oleh penulis buku, rupanya peperiksaan lebih dari kebiasaan dan sangat penting. Saya tidaklah kata saya bagus tetapi saya akan berusaha untuk memperbaiki diri ..insyaallah ..

Setakat ini dulu perkongsian saya pada kali ini ...Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerita saya sehingga habis (harap tak membosankan :))

Have a nice a day ;) ....

Monday, 8 April 2013


Assalamualaikum & salam sejahtera ...

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan ruangan ini. Sebenarnya terlalu banyak yang saya ingin ceritakan dari awal hingga waktu ini tentang perjalanan saya bersama sahabat SERU tetapi jika ingin diungkapkan semuanya sudah pastilah tidak akan habis. Saya harap apa yang ingin saya kongsikan memberi manfaat kepada semua.

Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya ketika saya mula-mula mengenali Real Sahabat SERU Program ...

Saya mula mengetahui tentang SERU ketika saya menjalani minggu haluansiswa Universiti Malaya iaitu bermula dari 03/09/2012 hingga 07/09/2012. Ketika itu adalah sesi bersama abang Amirul dan kakak Elin di Dewan Tunku Canselor(DTC). Mereka berdua merupakan pasangan suami isteri dan juga pakar motivasi yang hebat. Cara penyampaian mereka di atas pentas ketika itu begitu menarik minat saya walaupun baru pertama kali saya mendengar motivasi yang mereka sampaikan. Disebabkan itu jugalah apabila mereka berdua menawarkan tempat untuk ke program ‘I Want to Upgrade Myself’, saya terus berebut-rebut dengan pelajar yang lain kerana tempat yang ditawarkan adalah terhad. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya.

Pengalaman saya menghadiri program ‘I Want to Upgrade Myself’ merupakan sebuah pengalaman yang tidak ternilai harganya kerana saya berpeluang mengenali personaliti diri saya yang sebenar dan mempelajari betapa pentingnya untuk saya mempunyai matlamat hidup yang lebih spesifik dan jelas. Apa yang paling penting sekali, program ini menjadi titik permulaan dalam hidup saya menjadi seorang yang lebih baik dan lebih bermotivasi untuk mencapai apa yang saya inginkan serta melihat kehidupan dari persepsi yang berlainan.

Melalui program inilah saya berpeluang menjadi sahabat SERU dan mengikuti program Real Sahabat SERU. Saya berasa amat bertuah kerana ini adalah kali pertama saya menghadiri program motivasi yang begitu menarik dan efektif sejak saya meninggalkan zaman persekolahan.

Maka, di situ lah bermulanya perjalanan saya sebagai sahabat SERU …

Dalam program Real Sahabat SERU ini, saya ditempatkan dalam sebuah kumpulan yang diketuai oleh saudara Harif, saudara Akmal dan saudari Azeeda. Mereka ini akan menjadi ‘coach’ saya sepanjang sesi ‘coaching’ ini dijalankan.

Terdapat 3 tugasan yang perlu saya lakukan  sepanjang sesi ‘coaching’ ini dijalankan. Prestasi saya akan dinilai berdasarkan  kepada ketiga-tiga tugasan ini. Perkara pertama adalah menghadiri 4 sesi ‘coaching’ yang akan berlangsung selama 2 jam.iaitu:

Sesi 1 : ‘Goal Setting’
Sesi 2 : ‘360 Feedback’
Sesi 3 : ‘Wheel of Life’
Sesi 4 : ‘Wrap-up Session’

Selain itu, saya juga perlu membuat sebuah blog dan mengemaskini blog saya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tugasan  ini dinamakan ‘My Personal Development Blog’. Dan tugasan yang terakhir ialah ‘My 12 Weeks Journal’.

Tetapi sebelum menghadiri sesi yang pertama iaitu ‘Goal Setting’ saya ditugaskan untuk membuat sebuah blog dan menghantar alamat blog saya kepada ‘coach’. Alhamdulillah dengan bimbingan yang diberikan, akhirnya saya berjaya mempunyai blog saya sendiri.  

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca perkongsian saya pada kali ini. Moga hidup kita pada esok hari akan lebih bersinar dan ceria :-)

     Assalamualaikum & salam sejahtera ...
     Terima kasih kerana sudi membaca ruangan yang terdapat di blog saya ini ...

     Di sini saya ingin kongsikan sedikit tip yang saya perolehi daripada sahabat saya ...
     moga berguna buat sesiapa sahaja yang membaca ...


     Mengapa orang Jepun berjaya dan kita tidak ???

     1.   sentiasa bekerja keras
     2.   sentiasa rasa malu jika gagal
     3.   sentiasa hidup berjimat
     4.   sentiasa bersikap setia
     5.   sentiasa berinovasi
     6.   sentiasa pantang menyerah kalah
     7.   sentiasa mengamalkan budaya membaca
     8.   sentiasa bekerjasama
     9.   sentiasa berdikari
   10.   sentiasa menjaga tradisi

Saya sertakan juga beberapa kata-kata motivasi sebagai pendorong untuk diri kita ...


                                      

Have a nice day ...:-)


Monday, 18 March 2013


Tip kesihatan yang menarik dan amat berguna :-)
sunidhi kapoor originally shared this post:

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

This Might Save Someone's Life.
It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:
Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3.. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. TB (90 days)
6. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily..
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.
This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain…
For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this ’sludge’ reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks:
· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,· Be aware of intense pain in the jaw line.· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.· Nausea and intense sweating are also common symptoms.· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let’s be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive…A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we’ll save at least one life.Please be a true friend and send this article to all your friends you care about.Collapse this post