- Week 7 (13/07/2013 - 19/07/2013) -
Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...
Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ketujuh dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Bulan Ramadhan juga sudah masuk minggu yang kedua. Alhamdulillah ;p ...
Hari-hari saya masih berjalan seperti biasa. Tidak banyak yang berubah seperti minggu-minggu yang sebelumnya. Cuma pada hujung minggu saya sekeluarga telah pergi melawat adik perempuan saya di Ipoh. Pada kali ini, adik saya telah dibenarkan untuk 'outing' bersama keluarga. Jadi, inilah peluang kami untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Disebabkan bulan ini bulan Ramadhan, maka kami telah singgah di baazar Ramadhan yang terletak di Stadium Ipoh. Baazar ini antara baazar yang terbesar Ipoh dan terdapat pelbagai jenis gerai makanan dijual di sini. Memang rambang mata lah dibuatnya. Tambah-tambah lagi perut pun sudah mula berkeroncong. Kalau tak dikawal nafsu yang membuak-buak, alamatnya sesakla tangan-tangan kami padahal belum tentu semuanya boleh habis dimakan.
Pada hari-hari yang lain pula saya lebih gemar menghabiskan masa dengan membaca atau menonton televisyen.
Kali ini, saya telah terbaca cerita mengenai persepsi ...
"Batu granit yang menjadi penghalang di laluan orang yang lemah menjadi batu loncatan orang yang kuat."
Kata-kata di atas bermaksud semua halangan boleh diubah menjadi peluang, bergantung kepada bagaimana cara seseorang itu melihat halangan itu.
Jom lihat kisah ini ...
Kisah 2 orang penjual yang dihantar ke sebuah negara untuk menjual kasut.
Seorang penjual pulang ke ibu pejabat dan memberitahu ketuanya bahawa tiada sebarang peluang perniagaan di negara itu kerana semua penduduk negara itu tidak memakai kasut.
Manakala seorang penjual lagi memberitahu ketuanya bahawa syarikat mereka akan mendapat keuntungan berjuta ringgit kerana mereka boleh menjual kasut kepada hampir semua penduduk itu kerana tidak ada seorang pun daripada mereka yang memakai kasut.
Menarik kan !!!
Semua ini berganting kepada cara kita melihat sesuatu perkara dan situasi itu sebenarnya.
Rasulullah s.a.w juga pernah berkata, "Sekiranya begitu(yang difikirkan), akan demikianlah jadinya."
Menurut Dr. Muhammad Ghazali, "Setiap urusan (perkara) itu bergantung kepada anggapan seseorang."
Saya rasa setakat ini dulu cerita saya ...
Harap semua terhibur ;> ...
Have a nice day ;p ...
No comments:
Post a Comment