Monday, 19 August 2013

Selamat Hari Raya, Yeah !!!



"My 12 Weeks Journal"
- Week 10 (03/08/2013 - 09/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam akhir Ramadhan dan Salam permulaan Syawal ...

Minggu ini adalah minggu terakhir ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru saja semalam saya baru mula berpuasa. Perjalanan jurnal 12 minggu saya juga sudah masuk minggu yang kesepuluh. Fuhhh !!!

Hari-hari saya masih berjalan seperti hari puasa yang lain. Apabila menjelang syawal, kami sekeluarga akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri sebelum bergerak pulang ke kampung halaman sebelah ibu di Sungai Manik, Perak. Pada hari raya kedua, kami telah beraya ke kampung halaman sebelah ayah pula di Beruas, Perak bersama saudara yang lain. Walaupun kepenatan, tapi kepuasan tetap dirasai kerana dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh.

Disebabkan kesibukan membuat persiapan raya, saya tidak sempat untuk membaca cerita-cerita yang menarik seperti selalu. Walau bagaimanapun, saya ada tertarik dengan satu petikan kata-kata yang saya rasa menarik untuk dikongsikan. Tetapi, maafla saya sudah lupa pula dari mana sumbernya.

"Bayangkan kamu berada dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. 
Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yang kamu lihat dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja?
 Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? 
Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita."

Kata-kata di atas mengatakan bahawa kita perlu mencari dan mendalami sesuatu perkara untuk mencari jawapan yang pasti tetapi mestilah berdasarkan asas-asas yang kukuh. Fikirkanlah !!!

Have a nice day :p ...

No comments:

Post a Comment