"My 12 Weeks Journal"
- Week 12 (17/08/2013 - 23/08/2013) -
Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Syawal semua ...
Waa!!!
Pejam celik pejam celik saya dah berada dalam minggu yang terakhir dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Tak percaya pula pemalas macam saya ni pon boleh sampi tahap ni.
Hehehe!!!
Tapi harapnya ini bukan yang terakhir dalam pengisian blog ini. Insyaallah, saya akan sentiasa "update" di sini. Doa-doala ye...
Baru-baru ini, saya ada melawat blog rakan-rakan Seru yang lain. Memang best baca cerita diorang semua. Siap letak gambar-gambar yang menarik lagi. Kalau nak dibandingkan dengan blog saya memang agak suram la kan. Tetapi, yang terharunya ada juga yang sudi komen cerita yang saya tulis menarik.
Terima kasih2x!!!!
Minggu ni bermulanya sesi persekolahan bagi adik-adik saya dan sesi pengajaran bagi ibu saya. Saya??? Cuti lagi la kan nak buat macam mana (dalam hati seronok je ...hahaha!!!). Jadi, pada hari Ahad, saya sekeluarga menghantar adik perempuan saya ke sekolah asramanya di Ipoh. Tinggal la saya, adik lelaki saya dan ibu saya di rumah.Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, rumah terbuka tetap ada. Apalagi, asyik makan la jawabnya. Kekadang, sehari sampai tiga rumah. Fuhh!! Nak pecah perut dibuatnya. Tambah-tambah saya ni jenis yang pantang tengok makanan sedap-sedap ni. Bedal je la. Bukan selalu dapat makan macam ni. Setahun sekali je. Nanti dah sambung belajar balik jangan harap la nak dapat makan macam ni lagi.
Saya sekeluarga juga telah pergi ke Majlis Ihtifal Sekolah Agama Rakyat Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak(INTIM), Ipoh. Sekolah ibu saya ada menghantar peserta nasyid. Sebab tu lah saya berpeluang menyaksikan majlis ni. Best giler!!!. Bayangkan budak-budak sekolah rendah dah pandai menghafaz al-quran, tilawah al-quran, syarahan, hiwar, khutbah, marhaban dan yang paling saya suka nasyid. Teringat pula zaman saya kecik-kecik dulu, hehehe!!! Yang penatnya, bila tiba bab ucapan. Hampir sejam setengah perasminya berucap. Fuhh!! Saya dah rasa macam duduk dalam bilik kuliah la pula. Nasib baik la ada disediakan makanan lepas habis majlis (jahat betul isyhh!!). Takde la main-main je.
Selesai je makan, kami bergerak pulang. Tiba-tiba, kawan ibu saya mengajak kami ke rumah terbukanya yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Yelah orang dah ajak kan tak kan tak pergi pula. Ibu saya memang pantang kalau orang ajak kita tak pergi. Nanti takde orang nak datang bila saya kahwin katanya. Nape timbul bab kahwin pula ni? Tukar topik la.
Ok sambung cerita balik. Kami pun pergi la. Makanan yang disediakan adalah bihun sup, nasi berlauk dan kuih raya. Disebabkan di majlis tadi saya dah makan nasi, maka, saya pun makan la bihun sup. Sedap!!! Dah la kuah dia panas. Saya memang suka makanan panas-panas ni, menaikkan selera. Selesai makan, kami pun balik.
Tapi tak habis lagi tau!!! Sebelah petangnya pula, jiran pula buat rumah terbuka. Huhu!!! Sabar ye perut. Ingatkan dah habis. Ada lagi. Lepas je beraya rumah jiran saya, kami ke rumah kawan ibu saya pula di Malim Nawar. Banyakkan kawan ibu saya. Maklumlah ibu saya peramah orangnya berbanding saya ni. Sepatah orang tanya sepatah la saya jawab. Mungkin saya mewarisi sifat ayah saya kot.
Kan saya dah cakap asyik makan je. Memang minggu ni minggu makan sakan.
Tapi yang best nya bila pergi rumah terbuka ni tak payah la nak memasak. Hahaha!!! Kan dah terserlah kemalasan saya.
Panjang pula saya berceloteh, tadi kata si perasmi majlis. Hehe!!! Tula, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi dalam blog bolehla kalau kat luar tak taula takut orang bosanla pula kan. Tetapi, kalau kat luar saya memang jarang bercerita panjang lebar pon. Mungkin tulah kekurangan saya. Komunikasi.
Sebelum terlupa, kali ini saya tidak berkesempatan bercerita tentang kisah-kisah yang menarik seperti selalu. Jadi, saya harap apa yang saya kongsikan pada kali ini menarik untuk tatapan anda.
Ok la. Saya rasa dah cukup saya merepek kali ni. Terima kasih la sudi baca sampai akhir.
Have a nice day, ok ;p .. 