Sunday, 25 August 2013

Makan, makan dan makan..Alhamdulillah ;-)


"My 12 Weeks Journal"
- Week 12 (17/08/2013 - 23/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Syawal semua ...

Waa!!! 
Pejam celik pejam celik saya dah berada dalam minggu yang terakhir dalam perjalanan jurnal 12 minggu saya. Tak percaya pula pemalas macam saya ni pon boleh sampi tahap ni. 
Hehehe!!!

Tapi harapnya ini bukan yang terakhir dalam pengisian blog ini. Insyaallah, saya akan sentiasa "update" di sini. Doa-doala ye...

Baru-baru ini, saya ada melawat blog rakan-rakan Seru yang lain. Memang best baca cerita diorang semua. Siap letak gambar-gambar yang menarik lagi. Kalau nak dibandingkan dengan blog saya memang agak suram la kan. Tetapi, yang terharunya ada juga yang sudi komen cerita yang saya tulis menarik. 
Terima kasih2x!!!!

Minggu ni bermulanya sesi persekolahan bagi adik-adik saya dan sesi pengajaran bagi ibu saya. Saya??? Cuti lagi la kan nak buat macam mana (dalam hati seronok je ...hahaha!!!). Jadi, pada hari Ahad, saya sekeluarga menghantar adik perempuan saya ke sekolah asramanya di Ipoh. Tinggal la saya, adik lelaki saya dan ibu saya di rumah.Walaupun sesi persekolahan sudah bermula, rumah terbuka tetap ada. Apalagi, asyik makan la jawabnya. Kekadang, sehari sampai tiga rumah. Fuhh!! Nak pecah perut dibuatnya. Tambah-tambah saya ni jenis yang pantang tengok makanan sedap-sedap ni. Bedal je la. Bukan selalu dapat makan macam ni. Setahun sekali je. Nanti dah sambung belajar balik jangan harap la nak dapat makan macam ni lagi.

Saya sekeluarga juga telah pergi ke Majlis Ihtifal Sekolah Agama Rakyat Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Institut Tadbiran Islam Perak(INTIM), Ipoh. Sekolah ibu saya ada menghantar peserta nasyid. Sebab tu lah saya berpeluang menyaksikan majlis ni. Best giler!!!. Bayangkan budak-budak sekolah rendah dah pandai menghafaz al-quran, tilawah al-quran, syarahan, hiwar, khutbah, marhaban dan yang paling saya suka nasyid. Teringat pula zaman saya kecik-kecik dulu, hehehe!!! Yang penatnya, bila tiba bab ucapan. Hampir sejam setengah perasminya berucap. Fuhh!! Saya dah rasa macam duduk dalam bilik kuliah la pula. Nasib baik la ada disediakan makanan lepas habis majlis (jahat betul isyhh!!). Takde la main-main je.

Selesai je makan, kami bergerak pulang. Tiba-tiba, kawan ibu saya mengajak kami ke rumah terbukanya yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Yelah orang dah ajak kan tak kan tak pergi pula. Ibu saya memang pantang kalau orang ajak kita tak pergi. Nanti takde orang nak datang bila saya kahwin katanya. Nape timbul bab kahwin pula ni? Tukar topik la.

Ok sambung cerita balik. Kami pun pergi la. Makanan yang disediakan adalah bihun sup, nasi berlauk dan kuih raya. Disebabkan di majlis tadi saya dah makan nasi, maka, saya pun makan la bihun sup. Sedap!!! Dah la kuah dia panas. Saya memang suka makanan panas-panas ni, menaikkan selera. Selesai makan, kami pun balik. 

Tapi tak habis lagi tau!!! Sebelah petangnya pula, jiran pula buat rumah terbuka. Huhu!!! Sabar ye perut. Ingatkan dah habis. Ada lagi. Lepas je beraya rumah jiran saya, kami ke rumah kawan ibu saya pula di Malim Nawar. Banyakkan kawan ibu saya. Maklumlah ibu saya peramah orangnya berbanding saya ni. Sepatah orang tanya sepatah la saya jawab. Mungkin saya mewarisi sifat ayah saya kot.

Kan saya dah cakap asyik makan je. Memang minggu ni minggu makan sakan.
Tapi yang best nya bila pergi rumah terbuka ni tak payah la nak memasak. Hahaha!!! Kan dah terserlah kemalasan saya.

Panjang pula saya berceloteh, tadi kata si perasmi majlis. Hehe!!! Tula, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi dalam blog bolehla kalau kat luar tak taula takut orang bosanla pula kan. Tetapi, kalau kat luar saya memang jarang bercerita panjang lebar pon. Mungkin tulah kekurangan saya. Komunikasi.

Sebelum terlupa, kali ini saya tidak berkesempatan bercerita tentang kisah-kisah yang menarik seperti selalu. Jadi, saya harap apa yang saya kongsikan pada kali ini menarik untuk tatapan anda. 

Ok la. Saya rasa dah cukup saya merepek kali ni. Terima kasih la sudi baca sampai akhir. 

                                    Have a nice day, ok ;p ..                   

Tuesday, 20 August 2013

Waaaa !!!!!! Sudi-sudila baca ye ..;p



"My 12 Weeks Journal"
- Week 11 (10/08/2013 - 16/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Syawal semua ...

Kali ini saya ingin bercerita mengenai kisah seorang petani ...

Terdapat seorang petani yang terkenal dengan hasil buah limaunya yang bermutu tinggi. Pada suatu hari, jirannya bertanya sama ada petani itu boleh memberikan sedikit biji buah limaunya. Petani itu dengan murah hatinya memberikan biji buah limau tersebut kepada jirannya. Jiran itu berasa sungguh gembira lalu memberitahu teman-temannya yang lain.

Setelah mendengar tentang kemurahan hati petani itu, salah seorang teman jirannya pergi meminta sedikit biji buah limau daripada petani itu. Tanpa teragak-agak petani itu memberikan segenggam biji limau kepada orang itu. Tidak lama kemudian, berita tentang kemurahan hati petani itu tersebar ke seluruh bandar dan hampir setiap petani dalam kawasan itu datang berjumpa dan meminta biji limau daripada petani tersebut. Dan petani itu dengan suka hatinya memberikan biji limaunya kepada sesiapa sahaja yang meminta.

Anak lelaki petani itu hanya memerhatikan bapanya memberikan biji limaunya yang berharga itu kepada setiap orang yang meminta. Tetapi dia tidak mengerti kenapa bapanya sanggup memberikan biji limau itu dengan begitu saja. Jadi, satu hari dia bertanya kepada bapanya.

"Ayah tak risau ke kalau ayah berikan biji-biji limau kita, semua orang akan menghasilkan buah limau yang sama mutunya dengan limau kita," tanya si anak kerisauan. "Nanti, buah-buah limau kita tidak lagi unik."

"Wahai anakku, kita perlu memahami suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan ini. Apa sahaja yang kita lakukan memberi kesan ke atas orang lain. Begitu juga sebaliknya. Tindakan orang lain memberi kesan kepada kita."

"Saya tak faham," ujar anaknya.

"Kita perlu mengekalkan ketinggian mutu buah limau kita. Dan kamu juga tahu bahawa angin akan menerbangkan debunga daripada buah limau yang masak kepada buah-buah  yang lain. Dan angin ini tidak faham akan erti pilih kasih. Ianya akan menerbangkan debunga kita dan juga debunga-debunga daripada buah-buah limau yang lain. Kemudian, debunga-debunga ini akan..."

Sebelum petani itu dapat menghabiskan kata-katanya, anaknya menyampuk :

"Saya faham sekarang, ayah! Debunga-debunga ini akan didebungakan, dan lambat laun buah-buah limau kita juga akan terkena kesan pendebungaan tersebut!"

Sambil tersenyum, bapanya berkata,"Ya, jika kita mahu mengekalkan mutu buah limau kita, jiran-jiran kita juga perlu mempunyai buah limau yang tinggi mutunya,"

H.E. Luccock juga pernah berkata:

Satu orang tidak dapat menghasilkan sebuah simfoni. Ianya memerlukan sebuah orkestra.

Kesimpulannya, kita saling memerlukan antara satu sama lain kerana kehidupan kita saling berkaitan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jadi, tiada sebab untuk cemburu atau menaruh perasaan hasad dengki kerana ia hanya merugikan kita semula.


Have a nice day :)

Monday, 19 August 2013

Selamat Hari Raya, Yeah !!!



"My 12 Weeks Journal"
- Week 10 (03/08/2013 - 09/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam akhir Ramadhan dan Salam permulaan Syawal ...

Minggu ini adalah minggu terakhir ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya baru saja semalam saya baru mula berpuasa. Perjalanan jurnal 12 minggu saya juga sudah masuk minggu yang kesepuluh. Fuhhh !!!

Hari-hari saya masih berjalan seperti hari puasa yang lain. Apabila menjelang syawal, kami sekeluarga akan mengerjakan solat sunat Aidilfitri sebelum bergerak pulang ke kampung halaman sebelah ibu di Sungai Manik, Perak. Pada hari raya kedua, kami telah beraya ke kampung halaman sebelah ayah pula di Beruas, Perak bersama saudara yang lain. Walaupun kepenatan, tapi kepuasan tetap dirasai kerana dapat berjumpa sanak-saudara yang jauh.

Disebabkan kesibukan membuat persiapan raya, saya tidak sempat untuk membaca cerita-cerita yang menarik seperti selalu. Walau bagaimanapun, saya ada tertarik dengan satu petikan kata-kata yang saya rasa menarik untuk dikongsikan. Tetapi, maafla saya sudah lupa pula dari mana sumbernya.

"Bayangkan kamu berada dalam sebuah kotak. Kemudian pada kotak itu, ada satu lubang yang membuatkan kamu boleh melihat dunia dari arah lubang itu. 
Apakah kamu mengira dunia itu, hanya apa yang kamu lihat dari arah lubang itu sahaja? Adakah kamu merasakan kebenaran itu, hanya apa yang ditunjukkan pada lubang itu sahaja?
 Apakah yang kamu nampak pada lubang itu, menafikan kewujudan-kewujudan yang mungkin wujud pada sekeliling kotak itu? 
Di sini kamu kena nampak, betapa kita perlu meningkatkan lagi ilmu, melihat lebih banyak pandangan, mewujudkan lubang-lubang lain dalam kotak kehidupan kita."

Kata-kata di atas mengatakan bahawa kita perlu mencari dan mendalami sesuatu perkara untuk mencari jawapan yang pasti tetapi mestilah berdasarkan asas-asas yang kukuh. Fikirkanlah !!!

Have a nice day :p ...

Monday, 5 August 2013

~ woOW ;o ~


                                                                   
"My 12 Weeks Journal"
- Week 9 (27/07/2013 - 02/08/2013) -

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Salam Ramadhan semua ...

Bulan Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya dan bulan Syawal pula bakal menjelang tiba. Perjalanan jurnal 12 minggu saya juga sudah masuk minggu yang kesembilan.

Baru-baru ini, saya mendengar tazkirah mengenai kelebihan berpuasa. Menurut ustaz yang menyampaikan tazkirah tersebut, puasa memberi banyak kelebihan kepada manusia. Antaranya ialah ...


<<>> Apabila umat islam berpuasa, mereka akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Bulan puasa itu sendiri sudah menyediakan satu "platform" untuk umat islam meng"upgrade"kan amal ibadah.

<<>> Apabila umat islam berpuasa 1 hari, tubuh badan mereka akan mengeluarkan toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh badan selama 10 hari. Bayangkan jika berpuasa selama 30 hari, toksik yang akan dikeluarkan adalah selama 300 hari. Jadi, untuk melengkapkan putaran setahun iaitu 360 hari, maka kita disunatkan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

<<>> Menurut kajian saintis islam di Rusia, berpuasa dapat meningkatkan jangka hayat kehidupan seseorang. Kajian dilakukan ke atas 2 ekor tikus di mana seekor tikus diberi makanan sepanjang masa manakala yang seekor lagi dipuasakan dan hanya diberi makan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Terbukti, tikus yang sentiasa disediakan makanan lebih cepat mati berbanding tikus yang berpuasa. Hebat !!!

<<>> Satu kajian lain juga turut dijalankan ke atas pesakit mental. Pesakit mental ini telah dipuasakan selama hampir 2 bulan. Hasilnya, kesihatan mental mereka bertambah baik dan ada yang sudah beransur pulih sepenuhnya. Malahan, tubuh badan juga menjadi lebih sihat dan kuat.


Masyaallah, sungguh besar kelebihan berpuasa. Jadi, tiada alasan puasa itu menyusahkan dan memberi kemudaratan. Bahkan, banyak peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah dalam bulan puasa seperti peperangan dan pembukaan kota Madinah. 

Apa yang saya ceritakan hanyalah sebahagian saja dari kelebihan berpuasa. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan yang ada.

 Jika teman-teman yang sedang membaca blog saya ini tahu kelebihan berpuasa dari sudut yang lain pula, bolehlah kongsikan bersama ye ..^_^

Have a nice day ...;p