Assalamualaikum
& salam sejahtera ...
Alhamdulillah,
akhirnya saya berjaya menyiapkan ruangan ini. Sebenarnya terlalu banyak yang
saya ingin ceritakan dari awal hingga waktu ini tentang perjalanan saya bersama
sahabat SERU tetapi jika ingin diungkapkan semuanya sudah pastilah tidak akan
habis. Saya harap apa yang ingin saya kongsikan memberi manfaat kepada semua.
Di
sini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya ketika saya
mula-mula mengenali Real Sahabat SERU Program ...
Saya
mula mengetahui tentang SERU ketika saya menjalani minggu haluansiswa
Universiti Malaya iaitu bermula dari 03/09/2012 hingga 07/09/2012. Ketika itu
adalah sesi bersama abang Amirul dan kakak Elin di Dewan Tunku Canselor(DTC). Mereka
berdua merupakan pasangan suami isteri dan juga pakar motivasi yang hebat. Cara
penyampaian mereka di atas pentas ketika itu begitu menarik minat saya walaupun
baru pertama kali saya mendengar motivasi yang mereka sampaikan. Disebabkan itu
jugalah apabila mereka berdua menawarkan tempat untuk ke program ‘I Want to
Upgrade Myself’, saya terus berebut-rebut dengan pelajar yang lain kerana
tempat yang ditawarkan adalah terhad. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya.
Pengalaman
saya menghadiri program ‘I Want to Upgrade Myself’ merupakan sebuah pengalaman yang
tidak ternilai harganya kerana saya berpeluang mengenali personaliti diri saya
yang sebenar dan mempelajari betapa pentingnya untuk saya mempunyai matlamat
hidup yang lebih spesifik dan jelas. Apa yang paling penting sekali, program ini
menjadi titik permulaan dalam hidup saya menjadi seorang yang lebih baik dan
lebih bermotivasi untuk mencapai apa yang saya inginkan serta melihat kehidupan
dari persepsi yang berlainan.
Melalui
program inilah saya berpeluang menjadi sahabat SERU dan mengikuti program Real
Sahabat SERU. Saya berasa amat bertuah kerana ini adalah kali pertama saya
menghadiri program motivasi yang begitu menarik dan efektif sejak saya
meninggalkan zaman persekolahan.
Maka,
di situ lah bermulanya perjalanan saya sebagai sahabat SERU …
Dalam
program Real Sahabat SERU ini, saya ditempatkan dalam sebuah kumpulan yang diketuai
oleh saudara Harif, saudara Akmal dan saudari Azeeda. Mereka ini akan menjadi ‘coach’
saya sepanjang sesi ‘coaching’ ini dijalankan.
Terdapat
3 tugasan yang perlu saya lakukan
sepanjang sesi ‘coaching’ ini dijalankan. Prestasi saya akan dinilai
berdasarkan kepada ketiga-tiga tugasan
ini. Perkara pertama adalah menghadiri 4 sesi ‘coaching’ yang akan berlangsung
selama 2 jam.iaitu:
Sesi
1 : ‘Goal Setting’
Sesi
2 : ‘360 Feedback’
Sesi
3 : ‘Wheel of Life’
Sesi
4 : ‘Wrap-up Session’
Selain
itu, saya juga perlu membuat sebuah blog dan mengemaskini blog saya
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tugasan ini dinamakan ‘My Personal Development Blog’. Dan
tugasan yang terakhir ialah ‘My 12 Weeks Journal’.
Tetapi
sebelum menghadiri sesi yang pertama iaitu ‘Goal Setting’ saya ditugaskan untuk
membuat sebuah blog dan menghantar alamat blog saya kepada ‘coach’. Alhamdulillah
dengan bimbingan yang diberikan, akhirnya saya berjaya mempunyai blog saya
sendiri.
